Saturday, 18 June 2016

Semangaaat!!

Huhu... Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Lately, aku bukak Tumblr. Mula2 aku tak follow apa2 pun sebab tak tau nak follow apa.. hinggalah ada sorang member dalam group whatsapp nih.. dia kata Tumblr ni bagus untuk fandom.. jadi.. aku follow beberapa blog tumblr, mostly contentnya ialah Touhou ngan Rockman. Aku suka Touhou ngan Rockman.

Lepas follow, aku jumpa baaaaaanyak sangat artwork yang menarik dari penulis2 blog. Ada yang buat animation sendiri... ada yang lukis dengan gaya macam2... tetiba terasa jealous. Nak lukis lawa2 gak.. tapi skil tumpul sangat.. jadi.. aku keluar pergi print tutorial untuk aku berlatih. Aku nak lukis Zero. Zero macho ngat.

Tak banyak pun benda aku nak kata harini..

BERUSAHAA!!  😤😤😤😤😤

Friday, 3 June 2016

Tips Interview Seni Halus

http://mojimjim.blogspot.com/2016/05/interview-untuk-seni-halus-part-1.html
http://mojimjim.blogspot.com/2016/06/interview-seni-halus-part-2.html

Baiklah, kalau korang rasa blog2 kat atas panjang untuk dibaca, takpe. Kali ni aku akan share apa yang patut korang buat bila dapat interview seni halus.

SEBELUM TEMUDUGA 

Credit to:hafizan-malik.blogspot.com dan laman web SPA 
  • Pastikan segala dokumen lengkap. Seperti camner yang tertera dalam surat panggilan temuduga.
  • Susun dokumen ikut susunan
  • Bawak segala folio dan artwork korang. Tak kisah lukisan time lapang. Lagi banyak, lagi bagus.
  • Pastikan bawak alat tulis yand diperlukan terutamanya pensel dan pemadam. Kalau ada macam2 gred pensel lagi elok, sebab boleh render lukisan tu lagi elok,
  • Pakai pakaian yang kemas dan sopan. Bagi muslim/muslimah, pakailah pakaian yang menutup aurat. 
  • Baca doa untuk melapangkan dada

SEMASA TEMUDUGA

  • Beri senyuman kat panel temuduga dan greet diorang nicely.
  • Show them your interest in fine arts
  • Jaga bahasa, panel2 ni professor
  • Jangan gemuruh. Jangan terlalu cepat meltdown like suddenly burst into tears in front of panel
  • Bagitau kekuatan korang. Lagi bagus kalau korang twist kelemahan korang jadi kekuatan korang.
  • Time test lukis2 tu, higlightkan terhadap prinsip2 yand dia mintak, contohnya lighting, proportion.
  • Pastikan jugak lukisan tu kemas. Lukisan ni sangat membantu untuk bagi impresi yang baik kat panel2
 Itu jelah kut. Aku nasihatkan lagi untuk buat banyak research. Korang boleh tanya pengalaman cikgu2 seni korang. InsyaAllah, cikgu2 korang akan bantu. Goodluck dan semoga maju jaya dalam kursus pilihan korang. 😘
 
Citation and Source

Interview Seni Halus (part 2)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Harap para pembaca semua sihat2 belaka harini..

Kisah part 2 ni aku nak citer pengalaman aku time kena interview kat UITM Shah Alam. Hari sebelumnya aku buat beberapa preparation, better dari time kena interviewkat USM haritu. Aku buatla beberapa sketching, berusaha untuk cari segala lukisan2 aku yang cantik time aku sekolah menengah dulu.. since lukisan time asasi tak banyak. Sibuk pun kat asasi time tu.. pastu kuar gi kedai alat tulis belila barang2 yang patut..

Pada hari interview tersebut, pergilah aku kat UITM Shah Alam. Gila besar, no wonder sebab tu HQ UITM. Hihu. Terlalu semangat sampai tak tido pada malam sebelumnya. Kat area fakulti art and design ada banyak arca. Mata aku gila shiny bling2. Excited ngat. Tapi, agak kecewa sikit time cari kat mana fakulti tu.. sebab dahla haritu baru lepas hujan, tanda arah dia tu cuma guna A4 je, tak laminate. Jadi kalau nak tengok dari kereta tu nampak sangatlah kecik. Nasib ada polis bantuan, tapi dua tiga orang je.. Alhamdulillah, dengan bantuan mereka, jumpa pun kat mana fakulti tu..

Dah sampai kat fakulti tu, pergilah daftar kat sana. RAMAI dan CROWDED, jadi parents dan adik aku tak duduk lama kat situ.. Dah daftar tu tunggulah. Sebenarnya more like mereput kat sana sebab lama. Nak hilangkan rasa bosan tu borak2la ngan diorang.. Aku kat sana punyalah awkward sebab aku rasa cam aku sorang je yang datang dari asasi. Diorang sume lepasan STPM ngan Diploma. Diorang at least dah belajar lagi detail dari aku. Aku pulak pengetahuan aku pasal seni tak banyak cam diorang. Time tu, aku fikir "Habislah aku kena soalan cepumas cam haritu.."

Setelah lama aku menunggu, beberapa orang termasuk aku dipanggil untuk buat ujian lukis. Masa diberi 40 minit. Lukisan tu mestilah diberi penekanan terhadap proportion, lighting dan rendering. Objek yang dilukis time tu ialah kain yang diletakkan atas bangku bersebelahan dengan kotak polystyrene. Aku makin cuak. Aku pusing kiri kanan aku, diorang kuarkan pensel macam2 jenis.. Untuk buatkan diri aku tenang, aku ignore je diorang, fokus dan prepare. Lepas tu, aku pun mula melukis. Serabut gak, sebab aku tak rajin sangat lukis realistik ni..

Dah habis melukis ni.. prepare la untuk temuduga lisan tu.. Ya Allah, gemuruh gila. Group tadi yang melukis tadi tu dibawa ke dewan temuduga. Diorang asing2kan orang dalam group melukis tadi dengan kursus yang dipanggil untuk temeduga.. Rupa2nya, dalam group tadi tu, termasuk aku, rupanya sikit sangat yang amik seni halus.. Time kat dewan haritu, aku dan lain2 yang mohon seni halus pun duduk kat tempat disediakan, Mereput lagi aku. Aku orang last yang ditemuduga haritu. Since panel dah gila lapar, tak banyak yang dia tanya.. Dia mintak tengok result aku time asasi. Antara soalan dan jawapan..

Panel: kenapa bazir satu tahun untuk amik asasi sains dan pilih degree seni halus?
Aku: sebab seni buatkan saya hepi. Lagipun, mak saya suruh saya amik sains supaya saya boleh jadi doktor suatu hari nanti, malangnya saya gagal, jadi saya pun fikir baik saya amik benda yang saya minat dari kecik lagi, iaitu seni.
Panel: Artist dalam negara yang awak tau?
Aku: Rafiee Ghani.
Panel: Cer terangkan camner dia punya lukisan
Aku: *terangkan apa yang patut* *nasi dah google pasal Rafiee Ghani*

Aku tak ingat sangat dia tanya apa lagi..

Lepastu, aku boleh balik.. Balik2 terus tido. gila penat.. 

Monday, 23 May 2016

Interview untuk seni halus (part 1)

Hi semua (opening cliche untuk mana2 blog)

Pada minggu lepas aku kena interview ngan usm dan uitm untuk degree seni halus. Aku minat ngan seni ni. Huhu. Mula2 aku kena interview ngan usm lepastu baru uitm.

Pada hari interview kat usm, interview diadakan dekat bangunan sejarah, dekat2 dengan pusat derma darah ngan ijn. Kat situ raaamai gila orang yang tunggu giliran. Rasa cuak sebab aku sorang je lepasan asasi kat situ. Dahla amik asasi sains, pastu plot twist gila dahsyat nak amik seni halus. Tunggu kat situ lama. Dari pukul 8:30 hingga 11:00 pagi camtu baru dipanggil. Lama sebab ada ujian lukis lagi. Mula2 dia nak test skil lukis. Dia bagi around 15-20 minit untuk lukis objek yang berada di depan mata. Objek tu time tu dia letak payung disandar kat kotak, ada kain batik diletakkan atas kotak, ada tong air kecik depan kotak. Penekanan terhadap prinsip tak diterangkan. Munasabah dengan waktu diberikan. Lepas tu, kena interview. Mereput lagi untuk menunggu giliran. Borak2la jugak dengan orang sekeliling kat situ.. serius segan sebab dioranv budak lepasan stpm ngan diploma. Seni dah memang sebati dengan diorang. Terfikir sejenak. Boleh lepas ke aku ngan diorang ni? Tibalah giliran aku dan lagi 3 orang laki. Debaran kian terasa. Aku taip ikut nombor la. Baru senang nak nampak.

1. panel tu mintak kuarkan dokumen dokumen yang diperlukan. Kemudian dia nak lukisan time test tadi.
2. Dia tanya pasal peribadi sket cam highest education apa. Part ni panel tu terkejut. Banyak dia tanya pasal kenapa amik seni halus instead of science. Aku bagila jawapan. Takmo share la... haha segan giloi.
3. Dia tunjuk karya. Kena bagitau teknik2 digunakan, nilai murni dan estetika tentang karya tersebut. Aku terangkan kat dia dengan ilmu yang aku pelajari time spm haritu. Uurrgh.. mestilah budak stpm ngan diploma lagi tau dari aku...
4. Dia tanya 3 artis tempatan (bukan nyanyi2) dan 3 artis luar. Huhu mana2 artis yang namanya terlintas kat kepala aku, aku jawab. Hahaha
5. Soalan last : kenapa nak amik seni kat usm? Pandai2la aku goreng time tu.

Hmm... itu jela yang aku nak share. Akan bersambung pada part 2.