Friday, 3 June 2016

Interview Seni Halus (part 2)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Harap para pembaca semua sihat2 belaka harini..

Kisah part 2 ni aku nak citer pengalaman aku time kena interview kat UITM Shah Alam. Hari sebelumnya aku buat beberapa preparation, better dari time kena interviewkat USM haritu. Aku buatla beberapa sketching, berusaha untuk cari segala lukisan2 aku yang cantik time aku sekolah menengah dulu.. since lukisan time asasi tak banyak. Sibuk pun kat asasi time tu.. pastu kuar gi kedai alat tulis belila barang2 yang patut..

Pada hari interview tersebut, pergilah aku kat UITM Shah Alam. Gila besar, no wonder sebab tu HQ UITM. Hihu. Terlalu semangat sampai tak tido pada malam sebelumnya. Kat area fakulti art and design ada banyak arca. Mata aku gila shiny bling2. Excited ngat. Tapi, agak kecewa sikit time cari kat mana fakulti tu.. sebab dahla haritu baru lepas hujan, tanda arah dia tu cuma guna A4 je, tak laminate. Jadi kalau nak tengok dari kereta tu nampak sangatlah kecik. Nasib ada polis bantuan, tapi dua tiga orang je.. Alhamdulillah, dengan bantuan mereka, jumpa pun kat mana fakulti tu..

Dah sampai kat fakulti tu, pergilah daftar kat sana. RAMAI dan CROWDED, jadi parents dan adik aku tak duduk lama kat situ.. Dah daftar tu tunggulah. Sebenarnya more like mereput kat sana sebab lama. Nak hilangkan rasa bosan tu borak2la ngan diorang.. Aku kat sana punyalah awkward sebab aku rasa cam aku sorang je yang datang dari asasi. Diorang sume lepasan STPM ngan Diploma. Diorang at least dah belajar lagi detail dari aku. Aku pulak pengetahuan aku pasal seni tak banyak cam diorang. Time tu, aku fikir "Habislah aku kena soalan cepumas cam haritu.."

Setelah lama aku menunggu, beberapa orang termasuk aku dipanggil untuk buat ujian lukis. Masa diberi 40 minit. Lukisan tu mestilah diberi penekanan terhadap proportion, lighting dan rendering. Objek yang dilukis time tu ialah kain yang diletakkan atas bangku bersebelahan dengan kotak polystyrene. Aku makin cuak. Aku pusing kiri kanan aku, diorang kuarkan pensel macam2 jenis.. Untuk buatkan diri aku tenang, aku ignore je diorang, fokus dan prepare. Lepas tu, aku pun mula melukis. Serabut gak, sebab aku tak rajin sangat lukis realistik ni..

Dah habis melukis ni.. prepare la untuk temuduga lisan tu.. Ya Allah, gemuruh gila. Group tadi yang melukis tadi tu dibawa ke dewan temuduga. Diorang asing2kan orang dalam group melukis tadi dengan kursus yang dipanggil untuk temeduga.. Rupa2nya, dalam group tadi tu, termasuk aku, rupanya sikit sangat yang amik seni halus.. Time kat dewan haritu, aku dan lain2 yang mohon seni halus pun duduk kat tempat disediakan, Mereput lagi aku. Aku orang last yang ditemuduga haritu. Since panel dah gila lapar, tak banyak yang dia tanya.. Dia mintak tengok result aku time asasi. Antara soalan dan jawapan..

Panel: kenapa bazir satu tahun untuk amik asasi sains dan pilih degree seni halus?
Aku: sebab seni buatkan saya hepi. Lagipun, mak saya suruh saya amik sains supaya saya boleh jadi doktor suatu hari nanti, malangnya saya gagal, jadi saya pun fikir baik saya amik benda yang saya minat dari kecik lagi, iaitu seni.
Panel: Artist dalam negara yang awak tau?
Aku: Rafiee Ghani.
Panel: Cer terangkan camner dia punya lukisan
Aku: *terangkan apa yang patut* *nasi dah google pasal Rafiee Ghani*

Aku tak ingat sangat dia tanya apa lagi..

Lepastu, aku boleh balik.. Balik2 terus tido. gila penat.. 

No comments:

Post a Comment